 |
Mar 10, 2006
Lama betul saya tak update blog saya yang satu ni,tau-tau je Gundam Seed Destiny dah pun keluar kat tv,ingatan saya mengenai episod Gundam Seed sebelum ni pun makin merosot memaksa saya berhenti seketika,(apapun kena tamatkan gak!).Masalah kerja pun banyak mengganggu tapi kalau ade masa saya akan cuba tamatkan isi kandungan blog ni secepat yang mungkin...mungkin ke?Saya akan cuba selagi mampu!!!!

Posted at 07:59 am by Mobile_Suit
Permalink
Nov 15, 2005
Pertempuran Didalam Colony L4
Mwu La Fllaga kini berdepan dengan Raw Le Crueset didalam Colony L4 dan ini merupakan perlawanan antara Strike Gundam dan Cgue manakala Dearka pula berdepan dengan Yzak namun mereka saling tidak bertindak,situasi diluar Colony L4 turut tegang malah Kapten Badgiruel juga tidak sefahaman dengan Murata Azrael yang ingin meneruskan pertempuran sedangkan dia mahu berundur terlebih dahulu apapun mereka akhirnya sepakat berundur sementara dan melancarkan peluru menandakan mereka berundur dari peperangan dan memaksa Forbidden,Calamity dan Raider berundur.Kira dapat merasakan kehadiran Raw Le Crueset didalam Colony L4 dan bergegas kesana,pertempuran antara Strike dan Cgue dah lama bermula dan jelas kehebatan Crueset mengatasi Fllaga dan berjaya menumpaskan Strike yang jatuh terhempas berdekatan sebuah binaan ditengah Colony tersebut namun fllaga masih hidup.Freedom sampai di tengah Colony dan sempat bertemu Dearka yang memintanya membantu Fllaga yang telah ditewaskan oleh Crueset,Freedom meluru dengan pantas kearah Cgue dan membuat serangan yang berjaya menumpaskan Cgue yang turut terhempas ke tempat dimana Strike berada,kelihatan Crueset melarikan diri kedalam binaan yang berada ditengah Colony L4 dan diekori oleh Kira dan Fllaga kedalamnya.

Posted at 08:32 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 31, 2005
Colony L4 medan peperangan
Seperti yang dijangkakan oleh Leftenan Mwu La Fllaga,sebuah Vasellius berada dibelakang Colony L4 memantau situasi peperangan di Colony itu,Crueset mengambil keputusan untuk menceroboh masuk ke dalam Colony L4 bersama Duel Gundam.Strike sudah pun masuk semula ke dalam Colony dan diekori oleh Buster dari belakang,Andrew Wardfelt yang berada didalam Eternal berasa pelik dengan tindakkan Fllaga itu namun Kapten Ramius memberi jaminan bahawa Fllaga tahu apa yang sedang dilakukannya.Justice Gundam,Freedom Gundam dan Archangel masih berjuang mempertahankan Colony L4,Forbidden Gundam yang sedang menentang Justice mendapati unit Astray Gundam yang sedang memotong metapolymer string pada Kusanagi itu adalah sasaran yang mudah dan cuba menyerangnya namun dapat dihalang Justice Gundam.Archangel masih berbalas tembakan dengan Dominian namun Azrael mengingatkan Kapten Badgiruel sasaran mereka adalah Freedom Gundam dan Justice Gundam maka sesekali Dominian membuat serangan terhadap Freedom namun masih dapat dielak juruterbangnya Kira Yamato.Crueset yang memandu Cgue telah berjaya memasuki Colony L4 bersama Yzak yang memandu Duel Gundam namun mereka secara tiba-tiba dihalang oleh Strike malah Crueset sudah menjangkakan kehadiran Fllaga,Buster turut tiba dan kini berdepan dengan Duel,mereka saling rasa serba-salah kerana selama ini mereka adalah sahabat baik namun kini terpaksa berperang kerana fahaman yang berbeza.Justice berjaya membelah scythe milik Forbidden malah merosakkan sistem Geschmeidig Pander Forbidden,Justice juga sempat melindungi Freedom dari tembakan Plasma Calamity sehingga tembakan itu meletup didepan Calamity sendiri.........

Posted at 08:23 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 24, 2005
Pihak Earth Alliance telah berjaya sampai ke Moon Base,dibawah pimpinan Azrael mereka merancang untuk menyerang Plant namun sebelum itu sesuatu perlu dilaksanakan iaitu memusnahkan pakatan Archangel,Kusanagi dan Eternal namun pada masa yang sama merampas Freedom Gundam dan Justice Gundam.Untuk itu seseorang perlu dilantik untuk menjadi kapten armada yang akan menyerang Colony L4 dan orang itu adalah Leftenan Natarle Badgiruel,dia kini dilantik menjadi kapten kepada Dominian sebuah kapal perang yang menyerupai Archangel.Operasi bermula dimana pihak pakatan berjaya mengesan kehadiran Dominian sekaligus Archangel berlepas bagi menyekat ia menghampiri Colony L4.Kapten Ramius terkejut mendapati kapal perang dihadapan mereka menyerupai Archangel malah Kaptennya adalah Natarle Badgiruel!Kapten Ramius memang tidak menyangka mereka akan bertemu semula dalam situasi sebagai musuh.Calamity,Forbidden dan Raider berlepas ke medan perang begitu juga Freedom,Justice , Strike dan Buster.Pertempuran bermula dimana Freedom menentang Calamity dan Raider manakala Justice menentang Forbidden.Kusanagi yang turut keluar ke medan pertempuran telah tersangkut pada dawaian konkrit dari serpihan Colony memaksa Astray dihantar untuk memotongnya.Kehebatan Calamity dan Raider sukar ditandingi namun Freedom masih mampu memberi tentangan,Strike yang sedang menentang Strike Dagger dari menghampiri Colony L4 dapat merasakan kehadiran Crueset dan bergegas kembali ke Colony L4 membuatkan Dearka yang sedang membantu berasa pelik dengan tindakan Leftenan Fllaga itu..

Posted at 09:29 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 20, 2005
Extra,The Most Beautiful Anime Girl In History?
Saya sebenarnya ada melakukan satu kajian(survey)kat budak-budak kampung saya mengenai karakter anime girl mana yang menjadi kesukaan mereka dan setelah siap saya dapati hasilnya seperti berikut:
1.Rena Lanford (Star Ocean EX) 6.Lacus Clyne (Gundam Seed)
2.Dark Magician Girl (Yu Gi Oh) 7.Misanagi (Samurai X)
3.Cagalli Yula Athha (Gundam Seed) 8.Opera Vectra (Star Ocean EX)
4.Runa (Planet Survival) 9.Yuka Takeuchi (Advanced V.G)
5.Takius (Ragnarok The Animation) 10.Lucrezia Noin (Gundam Wing)
Ini hanyalah keputusan rambang saja,lagipun orang kat kampung saya ni mungkin masih belum berpeluang menonton anime yang lebih pelbagai malah hebat dari yang ada diatas.Saya nak tahu siapakah anime girl paling cantik pada pendapat anda sekarang ni?Minat setiap orang berbeza-beza dan mungkin anda boleh bagi tau pada saya di ruang chat kat sebelah,thanks.
Posted at 09:28 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 17, 2005
Eternal menyertai pakatan Archangel dan Kusanagi.
Pihak ZAFT melancarkan serangan keatas Eternal yang telah dirampas pihak Clyne Faction,Lacus sempat memberikan amaran bahawa mereka akan membalas serangan namun tidak akan membunuh seorang pun askar ZAFT disitu membuatkan kebanyakkan askar ZAFT rasa serba salah meneruskan operasi memusnahkan Eternal namun mereka perlu meaksanakan arahan ketua mereka.Serangan bermula dan kedua-dua pihak saling berbalas tembakan namun Eternal banyak terkena serangan walaupun serangan balasnya juga sama hebat,namun sesuatu muncul membantu Eternal dan ia adalah Freedom Gundam,ini bermakna Kira masih menunggu Athrun sejak dia pergi ke Plant sebelum ini.Dengan bantuan Freedom,Eternal berjaya melepaskan diri dari serangan pihak ZAFT dan Kira memberitahu pihak Eternal bahawa Archangel dan Kusanagi kini berada di Colony L4 yang telah ditinggalkan dan mereka menuju kesana namun Kira agak terkejut mendapati Andrew Wardfelt masih hidup dan kini bersama Eternal.Eternal selamat sampai di Colony L4 dan semua krewnya diperkenalkan dengan Kapten Ramius,Kira pula rasa bersalah melihat Andrew yang kini cacat kerana pertempuran dengannya semasa di gurun dahulu namun lelaki itu tak kisah dan menganggap semua ini adalah asam garam dalam peperangan.Lacus mengambil kesempatan berada di Colony L4 untuk bersama Kira dan Athrun pula berjumpa dengan dengan Cagalli,bagi Athrun dan Cagalli mereka tak pasti apa yang dibualkan oleh Kira dan Lacus namun yang pasti peperangan kini makin meruncing dan perlu dihentikan.

Posted at 09:23 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 10, 2005
Rancangan meninggalkan Plant.
Tindakkan Athrun pulang ke Plant untuk bertemu bapanya bagaikan satu misi bunuh diri namun Athrun tetap mahu mencuba,setelah diiringi oleh Freedom seketika Athrun meneruskan perjalanannya dengan pesawat milik Earth Alliance itu memasuki kawasan kawalan Plant berhampiran Boas.Sekali lagi Athrun bertemu bapanya yang nampaknya lebih berminat dengan keadaan Freedom dan Justice Gundam namun Athrun terus mempersoalkan kewajaran bapanya,Patrick Zala meneruskan peperangan ni malah dia sikit pun tak mahu memberitahu kedudukan dua unit ZGMF itu.Athrun telah dipukul bapanya sendiri dan dibawa pergi sebagai seorang pengkhianat namun di luar bangunan pentadbiran itu Athrun bertindak melarikan diri namun beberapa orang tentera yang mengiringinya sebelum ini membantunya pula,salah seorangnya adalah Dacosta yang dihantar oleh Lacus untuk menyelamatkannya setelah mendapat tahu Athrun berada di Plant.dalam pada itu pihak Clyne Faction dengan bantuan Andrew Wardfelt yang rupanya masih hidup merancang sesuatu dengan menceroboh pangkalan ketenteraan ZAFT dan dengan pantas menawan sebuah kapal angkasa,ia adalah Eternal dan Lacus menjadi ketua baru Eternal lalu berlepas keluar meninggalkan Plant.Dacosta dan Athrun yang berjaya memboloskan diri sempat berlabuh di Eternal malah Lacus gembira melihat Athrun.Patrick Zala yang mendapat tahu pihak Clyne Faction membawa lari Eternal mahu kapal angkasa itu di tembak jatuh dan puluhan unit GiNN mengejar Eternal namun pertehanan Eternal masih mampu memberikan tentangan tapi berapa lama mereka mampu bertahan.....

Posted at 09:46 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 6, 2005
Permulaan pembentukan pakatan baru.
Peperangan merebut Mass Driver milik Aube sudah pun berakhir dimana pemimpin Aube bertindak memusnahkan Mass Driver tersebut.Archangel dan kebanyakan krew dari Aube yang terselamat kini berada di atmosfera Bumi,pot pengangkut dan beberapa lagi bahagian termasuk yang ada pada Archangel disusun atur semula membentuk sebuah kapal dinamakan Kusanagi dan buat masa ini ia dibawah kawalan ibu Cagalli,Erica Simmons.Pihak ZAFT dibawah pimpinan Patrick Zala memulakan operasi menghapuskan semua pengikut Clyne Faction dimana mereka berjaya membunuh pemimpin pertubuhan itu Siegel Clyne dalam satu operasi namun anak kepada Siegel,Lacus Clyne tetap meneruskan hasrat bapanya menyedarkan penghuni Plant bahawa peperangan akan membawa bencana kepada Plant,apapun hidup sebagai orang buruan memaksa Lacus sentiasa berpindah randah namun sesuatu sedang dalam perancangan.Sementara itu kegagalan Azrael menawan Aube telah mengubah operasi dengan menawan sebuah pangkalan ZAFT di Bumi,kejayaan ini menandakan pihak Earth Alliance akan melancarkan serangan ke atas Plant tak lama lagi,Cagalli pula menunjukkan gambar pemberian bapanya yang tertulis namanya dan Kira dan mengatakan kemungkinan mereka adalah adik-beradik namun Kira menolak kemungkinan tersebut,setelah kebanyakan urusan dalaman Archangel dan Kusanagi selesai,Athrun bercadang untuk pulang ke Plant memujuk bapanya menghentikan peperangan ini namun sejauh mana Athrun akan berjaya?

Posted at 09:11 am by Mobile_Suit
Permalink
Oct 4, 2005
Pertempuran Berlarutan di Angkasa.
Pot pengangkut Aube kelihatan dilancarkan melalui Mass Driver dan ini menandakan Kira dan Athrun juga perlu beredar dan segera meninggalkan lawan mereka Calamity,Forbidden dan Raider.Cagalli tak dapat menahan sedih kerana gagal memujuk bapanya meninggalkan Aube bersama-samanya,Calamity,Forbidden dan Raider nekad menewaskan Freedom dan Justice lalu mengejar mereka,Freedom berjaya berpaut pada pot pengangkut itu namun Justice nampaknya semakin ketinggalan dengan kelajuan pot tersebut.Freedom menghulurkan tangannya menangkap tangan Justice membolehkannya berpaut bersama namun pihak musuh masih mengejar dan dengan segala senjata yan ada Freedom dan Justice menembak permukaan air bagi menghalang pihak musuh sekaligus mereka melepasi halangan dan meluncur ke angkasa,Uzumi yang melihat Pot pengangkut itu berlepas dengan selamat bertindak mengaktifkan sistem pemusnahan Mass Driver dan berharap pengorbanannya kali ini dapat sedikit sebanyak dapat menangguhkan peperangan yang sedang rancak sekarang lalu musnah bersama Mass Driver.Murata Azrael tak menyangka Uzumi akan bertindak memusnahkan Mass Driver bagi menghalangnya menyerang Koloni angkasa,tindakan yang nekad namun berjaya menghalang Azrael.Cagalli pula tak dapat menerima bapanya telah terkorban dalam peperangan kali ini namun itulah hakikatnya dan Archangel sedang menantikan mereka semua di atmosfera Bumi....

Posted at 09:27 am by Mobile_Suit
Permalink
Sep 27, 2005
ZGMF-X09A Justice Gundam.
Justice Gundam adalah pasangan kepada unit kepada Freedom Gundam walaupun pada awalnya pilotnya Athrun Zala kurang persefahaman dengan Kira Yamato namun kerjasama mereka pada lewat anime ini menandakan keserasian kedua-dua unit ini.Juctice Gundam dilengkapi MMI-GAU1 Sagittus 20mm CIWS,RQM51 Bassel,MA-M01 Lacerta beam saber,MA-M20 Lupus beam rifle dan sebuah backpack dinamakan Fatum-00 yang mempunyai MA-4B Fortis beam cannon,M9M9 Cervus Turret mounted machine gun dan GAU5 Volucris machine gun menjadikannya sebuah Gundam yang lengkap dengan pelbagai senjata.
Posted at 10:16 am by Mobile_Suit
Permalink
|
 |
|
|
 |
 |
Counters

Pencipta Laman: Mohd Ariffi bin Abd Rasid
Tempat Asal: Sungai Air Tawar
Umur: 19 Tahun
Minat: Animasi.
E-Mail Address: takeuchi_86@yahoo.com
(Anyone who wants to know more about the latest anime news ,you can visit the Sea Slugs Anime Blog,the link is under my Gundam Photo Album and there is also a Link to Gundam Official site if you want to know more about Gundam World,enjoy it guys!)
|
 |
|
|